Monday, November 9, 2009

SUMBER KEWANGAN KERAJAAN
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada Kerajaan Persekutuan.

KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Sumber-sumber kewangan utama kerajaan Persekutuan ialah:
a. cukai pendapatan individu dan korporat
b. cukai jalan
c. bayaran lesen dan permit
d. bayaran denda dan hukuman
e. duti harta pesaka
f. duti setem
g. duti atas keuntungan hartanah
h. duti eksport, import dan surtax (cukai tokok atau tambahan)
i. duti eksais ( barang yang dikeluarkan dan dijual dalam negeri)
j. jualan dan pendapatan daripada sumber petroleum berbentuk royalti
k. faedah pelaburan.

Segala hasil dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan dan dibelanjakan mengikut Undang-Undang Perbekalan yang diluluskan setiap tahun (Pembentangan Belanjawan Tahunan di Dewan Rakyat ).


KERAJAAN NEGERI.
1. Secara umum Kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan Kerajaan Persekutuan .

2. Secara purata, kira-kira satu per empat daripada hasil Kerajaan Negeri datang dari pemberian Kerajaan Persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri iaitu:
a. pemberian mengikut bilangan orang
b. pemberian mengikut kepanjangan jalan raya.

3. Menurut Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-10), sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri ialah:
a. hasil dari kedai tuak (arak)
b. hasil dari tanah, lombong dan hutan
c. hasil dari lesen-lesen (kecuali lesen kereta dan pendaftaran perniagaan) d. duti hiburan
e. bayaran dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuian).
f. denda dan rampasan dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuan)
g. bayaran perkhidmatan dan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri
h. hasil sewa harta benda kerajaan
i. terimaan mengenai bekalan air
j. zakat, fitrah dan baitulmal
k. harta karun
l. faedah pelaburan.

HASIL TAMBAHAN BAGI KERAJAAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK IALAH:
a. duti import dan eksais atas petroleum
b. duti eksport balak dan hasil hutan
c. cukai jualan negeri
d. 30% hasil kastam selagi KN bertanggungjawab terhadap perbelanjaan kesihatan
e. bayaran daripada pelabuhan
f. bayaran lesen membawa penumpang /barang mengikut jalan darat.

4. Punca hasil kerajaan negeri yang lain ialah:
a. pemberian Kerajaan Persekutuan
b. pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan
c. pinjaman daripada bank dengan syarat tempoh bayar balik tidak lebih lima tahun.

Segala hasil Kerajaan Negeri akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.










1 comment: